1. Bagi ibu yang hamil / mengandung, bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan sabun ini?
Waktu terbaik yang disyorkan untuk menggunakan sabun ini adalah selepas trimaster kedua yakni seawal 6 bulan dan keatas. Pada masa itu, kandungan kukuh di dalam rahim ibu dan rahim mula berkembang kerana bayi semakin membesar. Dan teruskan penggunaannya semasa anda sedang berpantang.

2 . Berapa lama ketahanan Sabun Herba Dear Ibu ini? Maksud saya lama ke nak habis?
Bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya.

3 . Bagaimana cara menggunakan Sabun Herba Dear Ibu?
Mandi seperti biasa, setelah itu sabun seluruh badan dan biarkan ia selama 2-3 minit (dalam waktu itu anda boleh syampu, mencuci muka atau sebagainya). Setelah itu bilas badan anda sehingga bersih.

4 . Adakah sabun ini mempunyai sebarang bau-bauan?
Sabun ini tidak mempunyai haruman atau bau yang kuat kerana ianya diperbuat dari ramuan pelbagai jenis herba.

5 . Adakah ia mempunyai kesan sampingan?
Tiada kesan sampingan yang berbahaya. Bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi dari herba terpilih. Namun jika terdapat juga sebarang kesan yang memudaratkan, sila berhenti menggunakannya dan berjumpalah dengan doktor untuk rawatan. Kemungkinan kulit anda terlalu sensitif.

6 . Dari segi penggunaannya, bolehkah bercampur dengan sabun mandian lain?
Disarankan supaya tidak bercampur dengan sabun lain bagi mendapat khasiat sepenuhnya 100%

7 . Bahagian tubuh badan yang mana tidak sesuai digunakan?
Kami tidak galak untuk digunakan pada muka kerana kulit muka amat sensitif dan dikhuatiri ada kesan sampingan. Namun bagi anda yang tiada masalah menggunakannya di bahagian kulit muka, teruskan jika ianya mendatangkan kebaikan pada anda.

8 . Bagi yang belum bersalin atau berpantang, boleh ke pakai sabun ini?
Boleh. Terutama bagi wanita yang datang bulan (period). Sabun ini membantu melancarkan darah dan juga membuang angin dalam badan.